Iklan Berguna

Tuesday, June 7, 2011

Mengapa Harga Mahal

Salam kepada semua pelanggan Mama Ira. Saya difahamkan ada beberapa pihak yang keliru dengan harga yang Mama Ira tawarkan. Saya sebagai admin pun keliru tetapi selepas berbincang dengan Mama Ira baru saya faham. Sila pastikan anda baca di ruangan yang betul.

Seperti yang sedia maklum, harga urutan untuk rahim, seluruh badan atau kempiskan perut adalah berlainan harga. Ini kerana urutan untuk rawatan kempiskan perut dan seluruh badan memerlukan bahan urutan yang berlainan.

Kenapa Mahal Sangat?

1. Mama Ira membuat sendiri bahan urutan dan sememangnya asli dan tinggi modalnya.

2. Bahan asli dan tiada kimia, mahal tetapi selamat dan berkesan.

3. Bentuk badan akan kelihatan berbeza serta merta selepas rawatan

4. Untuk membuat bahan urutan, mengambil masa kerana kerjanya amat remeh.

~Harga mencecah harga di spa? Tetapi saya tanya anda, sesiapa yang nak betulkan rahim, sila bayar RM 100 di spa, dan sila beri feedback kepada saya, ADAKAH RAHIM ANDA SEMPURNA? Kepada yang mempunyai masalah rahim dan tidak mempunyai zuriat, ADAKAH SPA MAMPU MEMBETULKAN RAHIM ANDA?

~Sila bayar di spa rm 180 satu pakej termasuk kempiskan perut dan urut seluruh badan, saya perlukan feedback anda, ADAKAH KEMPIS PERUT ANDA SERTA MERTA? ADAKAH URAT ANDA SEMUANYA DALAM KEADAAN YANG BETUL BESERTA PERJALANAN DARAH YANG LEBIH SEMPURNA?

~Tahukah anda, rawatan menggunakan laser mengkibatkan sel-sel di dalam tubuh anda mati? Yer sel boleh dibina semula, tetapi adakah tubuh badan anda aktif membina semula sel? Tepuk dada tanya selera.

~Alhamdulillah dengan bantuan Allah swt, hampir kesemua pelanggan Mama Ira yang datang membuat rawatan rahim berjaya mendapat zuriat dan tubuh badan yang lebih menawan!