Iklan Berguna

Tuesday, March 30, 2010

Rawatan Perut Buncit

Perut yang buncit mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:
  • Terlalu banyak minum air
    • Adalah baik bagi kesihatan kita semua untuk meminum air yang banyak, tapi tahukah anda semua cara minum air yang betul? Cara minum air yang betul ialah minum sambil mendongakkan kepala dan mengegakkan dada. Jangan bernafas di dalam cawan. Seelok-eloknya tarik nafas sekali selepas habis minum baru hembuskan nafas. Jangan minum terlalu gopoh sehingga air memasuki perut secara mendadak.

  • Jarang buang air besar
    • Ramai di antara kita mempunyai masalah ini. Ini disebabkan usus anda tidak sihat menyebabkan anda sukar untuk membuang air besar. Secara normal, manusia akan membuang air besar sekali sehari. Jadi, najis yang terkumpul di dalam usus akan menyebabkan toksin berkumpul di dalam badan dan secara tidak langusng mengakibatkan perut anda buncit dan mulut berbau.

  • Rahim yang kembang
    • Jika rahim anda kembang, ia juga adalah punca perut anda buncit. Ini paling bahaya bagi wanita kerana ia menjejaskan kesihatan dan juga mengganggu hubungan kelamin bagi yang sudah berkahwin. Masalah ini adalah disebabkan beberapa faktor iaitu penjagaan rahim semasa di dalam pantang tidak betul, suka minum air sejuk dan berais, dan juga suka mengamalkan makan benda-benda sejuk dan berangin seperti timun, kacang panjang, labu dll.

    Oleh itu, Mama Ira ada menawarkan servis rawatan perut buncit dengan harga yang berpatutan. Rawatan adalah berasaskan urutan selama 1/2jam-1jam sekali. Rawatan memerlukan urutan sebanyak 3kali berturut-turut. Selepas itu Mama Ira akan bekalkan ubat kampung yang bertujuan untuk mengempiskan perut.

    PAKEJ BAGI WANITA: 3 kali Urutan + ubat kempis perut (Sapu) RM150
    PAKEJ BAGI LELAKI: 3 kali Urutan + ubat kempis perut(Sapu) RM160

    Note: Urutan ini mungkin bertindak menguruskan badan anda bagi yang mempunyai berat badan berlebihan kerana berat badan yang berlebihan disebabkan angin dapat diatasi dengan urutan ini.

    25 comments:

    Anonymous said...

    Betul ke boleh berkesan ni? Kalau urut tak makan apa2 ubat mcm mana nak kempis perut nih???

    Mama Ira said...

    Jangan terkejut dik, akak guna ramuan semulajadi yang boleh mengempiskan perut. Adik pernah tengok tak produk kempiskan perut seperti Pati halia dan Pati Limau, Hot gel Shaping Body, dan sebagainya. Akak guna ramuan yang sama tapi pure akak buat sendiri. Selepas 3 kali sesi mengurut, akak akan bagi adik ubat kempiskan perut tu sebotol untuk guna 2-3bulan. Sapu je malam2 sebelum tidur. Insya allah kempislah perut tu :D

    Anonymous said...

    Sy berminat nak buat rawatan kempiskan perut tue...tp hsbn akak tgk sekali ke? sy nie lelaki...tp malu kalo lelaki tgk...huhu

    nadiafershortyaya said...

    saya berminat.. mcm mana nak contact eh??

    Anonymous said...

    salam kat kl ada cawangan x

    Mama Ira said...

    salam, kat KL takde cawangan.. saya buat di rumah sahaja..

    Anonymous said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
    Mama Ira said...
    This comment has been removed by the author.
    Anonymous said...

    akak, best dapat mengurut dgn akak ni
    ubat sapu yang sebotol yang akak cakap tu, ia tahan sampai 3 bulan ke? yg tu kena bayar tak.

    Mama Ira said...

    tak sampai 3 bulan.. ubat tu lain harga.. sila telefon akak ye untuk mengetahui lebih lanjut..

    Anonymous said...

    saya dah datang buat urutan. sangka saya pakej 150 ringgit termasuk 3 kali bayar.
    tetapi sebenarnya kali pertama datang rm150, esoknya rm100,
    hari ketiga rm100. (mahal juga tu)
    harap pembuat blog membetulkan seperti yang dijelaskan oleh kak ira. sekian

    Anonymous said...

    http://www.facebook.com/hanisah.othman/posts/232452043438137?notif_t=feed_comment_reply

    Anonymous said...

    bleh jelaskan dengan terperinci tak?"PAKEJ BAGI WANITA: Urutan 3 kali berturut-turut + ubat kempis perut (Sapu) RM 150"

    bayaran sebenarnya berapa? adakah saya datang 3 kali tu bersama ubat rm150 atau kali pertama datang rm 150, hari kedua = rm150 lagi, dan hari ke tiga lagi kena bayar rm150? Saya tak faham....!!

    Mama Ira said...
    This comment has been removed by the author.
    Anonymous said...

    adik pengendali blog..., akak tahu yang jawab soalan2 ini adalah adik, bukannya ibu adik. tak pastilah adik miss komunikasi ke atau sengaja dgn ibu adik. walau apapun, saya harapkan kejujuran adik untuk membetulkan makluman pakej urut yg ditawarkan. akak sebenar2nya rasa cukup tertipu. RM150 sekali urut badan dan perut! mengalahkan rawatan pakej spa, mandi lulur dan urut. urut hari kedua lain pula harga. begitu juga hari ketiga. ingatlah kalau kita menjalankan bisnes dengan jujur, kita akan selamat di sisi Allah. jika kita cuba mengambil kesempatan dengan menipu walau secara halus, kita akan diazab di akhirat. ramai lagi tukang urut dekat tmpat akak, tapi akak pcaya dgn pakej d sini, namun, sebenarnya amat palsu.
    akak tahu, mesej ini tak akan dipapar. tp
    adik boleh jawab akak di emel najwa.kama@yahoo.com

    Mama Ira said...
    This comment has been removed by the author.
    Mama Ira said...

    Akak kama: Actually urut badan mmg lain harga dan sememangnya saya tidak nyatakan di atas untuk urut satu badan sekali dengan pakej. Harap Maklum.

    Mama Ira said...

    Berminat sila call Mama Ira 013-2694417

    Anonymous said...

    kepada sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan rawatan, saya nasihatkan sila tanya sejelas-jelasnya supaya tidak terjadi salah faham.
    harap adik admin membetulkan semula caj2 rawatan yang ditawarkan setiap satunya di dalam blog ini. terima kasih.

    Mama Ira said...

    Friendly reminder, sesiapa berminat untuk membuat rawatan kempis perut harga pakej adalah RM 150.00 (3 hari berturut-turut). Sekiranya anda datang untuk membuat rawatan perut buncit + urut rahim + urut seluruh badan, harga adalah BERBEZA. Sila rujuk thread post "Perlukan Khidmat Urutan?"

    Anonymous said...

    Mama ira, saya mempunyai masalah perut buncit. Kadang2 ada kawan yang menegur mnegatakan saya mengandung. Saya agak berisi tetpi masalah perut saya yang buncit menampakkan saya terlalu gemuk. Harap mama ira boleh membantu.

    Mama Ira said...

    Salam. yer btol mama ira boleh membantu :)
    Nak cuba boleh call Mama Ira terus 0132694417.

    shazana said...

    nak tahu kat mana lokasi mama ira....saya berada di muar johor

    Mama Ira said...
    This comment has been removed by the author.
    Mama Ira said...

    Salam shazana. Mamaira ira berada di klang sel.

    Post a Comment